WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Polis kesan pemandu langgar lari

Polis kesan pemandu langgar lari

image

Polis giat mengesan pemandu kereta bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 11 Jalan Banting-Dengkil Selasa lalu.

24 JANUARI 2020 - BANTING - Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari yang berlaku di lampu isyarat di Kilometer 11 Jalan Banting-Dengkil di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan polis daripada pemandu kereta terbabit.

"Kita masih lagi mengesan kenderaan dan pemandu yang terlibat.

"Mohon bantuan orang ramai yang ada maklumat berkenaan kes ini supaya hadir ke balai terdekat atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Lau Ung Hee di talian 019-6699901," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, seorang pelajar perempuan, Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala seorang lagi pelajar mengalami patah tangan kanan selepas dilanggar sebuah kereta dipercayai jenis Proton Satria warna putih yang datang dari arah Dengkil menghala ke Banting.

Kereta terbabit terus melarikan diri selepas kejadian sementara kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2020-01-29 12:10:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354821 Tarikh Kemaskini : 19 04 24