WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sistem pam bekalan air kampung orang asli pulih

Sistem pam bekalan air kampung orang asli pulih
 

image

Kerja membaik pulih sistem pengepaman bekalan air bawah tanah di Kampung Orang Asli Bukit Kechil siap sepenuhnya semalam.


31 Mac 2020 : BANTING - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) serta Kementerian Air dan Alam Sekitar telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih sistem pengepaman bekalan air bawah tanah di Kampung Orang Asli Bukit Kechil di sini bermula 26 Mac lalu dan siap sepenuhnya kelmarin.

Kerja khidmat masyarakat itu membantu mengembalikan bekalan air kepada 40 keluarga yang menetap di kampung tersebut yang sebelum ini berdepan gangguan bekalan air dan keadaan menjadi semakin sukar sejak Ogos tahun lalu.

SPAN dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya bersama Air Selangor telah mengadakan tinjauan ke kampung berkenaan pada 26 Mac lalu setelah menerima aduan pada hari sama.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan tapak dan pertemuan dengan Tok Batin, Katun dan beberapa penduduk, SPAN mendapati sistem pengepam air bawah tanah sedia ada tidak berfungsi dengan sempurna.

"Sistem bekalan air di Kampung Orang Asli Bukit Kechil telah dibina oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Selangor dan dinaik taraf pada tahun 2017.

"Sistem bekalan air yang diguna pakai di kampung tersebut mempunyai satu sistem pengepaman air bawah tanah (tubewell), panapis, tangki air mentah, tangki air bersih dan tangki air menara," menurut kenyataan itu.

 

image

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kechil kini memperoleh semula bekalan air selepas berdepan gangguan yang menjadi semakin sukar sejak Ogos tahun lalu.

Kata kenyataan itu lagi, sementara kerja pembaikan dijalankan, SPAN dengan kerjasama Air Selangor telah menyediakan bekalan air sementara melalui dua lori tangki air dan lima unit tangki statik ke kampung berkenaan bermula 26 Mac lalu.

"Walaupun dalam apa jua situasi, pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri bertungkus-lumus memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

"SPAN dan kesemua operator air di bawah kawal seliaannya komited untuk memastikan bekalan air kepada pengguna dapat dilestarikan terutama pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan," kata kenyataan itu lagi.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2020-04-06 11:41:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354629 Tarikh Kemaskini : 19 04 24