WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Pergerakan di pasar awam diperketatkan: MPKL

Pergerakan di pasar awam diperketatkan: MPKL
 

image

Mohamad Zain A Hamid

2 April 2020 : KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperketatkan kawalan pergerakan bagi urusan pembelian di pasar awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bermula semalam bagi mengelakkan kepadatan pelanggan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata, hanya satu pintu sahaja dibuka dan seorang wakil bagi setiap keluarga dibenarkan membeli barangan keperluan.

Beliau berkata, pelanggan juga perlu memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada pembeli lain.

"Kita turut mengehadkan waktu perniagaan iaitu dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari," katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, pembeli digalakkan memakai sarung tangan dan topeng muka manakala peniaga diwajibkan menggunakan kedua-dua alat perlindungan itu sepanjang tempoh berkenaan.

"Kenderaan awam juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pasar awam dan orang ramai diminta mematuhi arahan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan," katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2020-04-06 12:13:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354417 Tarikh Kemaskini : 18 04 24