WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sultan Selangor titah 'Rakyat Selangor Berdoa' hingga 23 April

Sultan Selangor titah 'Rakyat Selangor Berdoa' hingga 23 April
image

Poster pemakluman mengenai program #RakyatSelangorBerdoa.


4 April 2020 : SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar program #RakyatSelangorBerdoa yang dianjurkan di seluruh masjid dan surau di negeri itu diteruskan.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharifuddin menitahkan agar program itu dilaksanakan pada setiap Isnin dan Khamis, jam 8.50 malam sehingga 23 April ini.

"Sultan Selangor telah menitahkan agar bacaan doa dan munajat menerusi program #RakyatSelangorBerdoa di masjid dan surau di negeri Selangor diteruskan setiap Isnin dan Khamis jam 8.50 malam sehingga 23 April 2020," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Program #RakyatSelangorBerdoa mula dianjurkan pada 30 Mac lalu bagi memohon perlindungan ALLAH SWT daripada ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, imam di masjid dan surau akan mengalunkan bacaan zikir dan doa menggunakan pembesar suara tanpa kehadiran jemaah di masjid dan surau.

Katanya, umat Islam yang ingin mengikuti bacaan zikir dan doa boleh menontonnya secara langsung di laman Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

 

Sumber : Sinar Harian Online 


Kemaskini pada 2020-04-06 12:39:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1357195 Tarikh Kemaskini : 26 04 24