WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

'Tahniah orang Sijangkang'


'Tahniah orang Sijangkang'

image
Sampah yang berjaya dikutip dari parit Batu 8 Sijangkang. Foto: FB Ahmad Yunus Hairi.

18 Ogos 2020 - KUALA LANGAT - "Hebat dan tahniah kepada anda semua kerana menghasilkan pemandangan yang tidak ada di kawasan lain." Itu kata sindiran diluahkan perakam dalam sebuah video yang dikongsi di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang,Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi semalam.
Video berdurasi dua minit 25 saat itu memaparkan keadaan parit di Batu 8 Sijangkang yang dipenuhi sampah sarap.Perakam dipercayai sukarelawan dari Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang yang terlibat dalam kerja pembersihan 
parit tersebut bagi mengelakkan sampah berkenaan masuk ke sungai yang boleh menjadi punca pencemaran.Memetik inti pati rakaman tersebut, dikatakan situasi sampah terapung berhampiran perangkap sampah itu adalah situasi biasa yang dilihat selepas hujan.Katanya, sampah itu datangnya daripada sikap orang orang awam yang membuang sampah terus ke dalam saliran tersebut serta di tepi jalan berhampiran.

image

Sukarelawan bergambar bersama sampah dari parit yang berjaya dibersihkan.


"Kita dapat lihat sepanjang parit ini sedang berlaku pergerakan sampah dari kampung dan apabila hujan lebat sampah ini dibawa air untuk ke Sungai Langat."Saya boleh anggarkan 60 peratus sampah sampah adalah dari sisa seperti botol plastik, botol aerosol, tin dan sebagainya... hanya 40 peratus dari sampah pokok."Inilah keunikan di kampung Sijangkang yang tiada di kampung lain," selorohnya.

Dalam video berasingan dikongsikan pula kerja pembersihan sungai dilakukan oleh sukarelawanberserta longgokan sampah yang telah dikutip."Setiap kali berlaku, sukarelawan ambil tindakan bersihkannya bagi mengelakkan masuk sungai," 
kongsi di video tersebut.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus memuji sikap sukarelawan yang cakna dengan penjagaan sungai dan berharap kesedaran itu sampai kepada masyarakat."Saya mohon sungguh kepada semua warga Sijangkang khususnya, beri kerjasama tolong jangan buang sebarang sampah ke sistem saliran demi kesejahteraan kehidupan kita," tulisnya di ruangan komen.

* Sumber : Sinar Harian Online

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97136/EDISI/Selangor-KL/Tahniah-orang-Sijangkang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2020-08-26 12:55:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424412 Tarikh Kemaskini : 19 01 25