WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Buruh maut dilanggar ketika cuba buat pusingan U

Buruh maut dilanggar ketika cuba buat pusingan U

image

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting pagi tadi.

15 Ogos 2020  - KUALA LANGAT - Seorang buruh yang gagal membuat pusingan U sewaktu tiba di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang merupakan seorang warga Bangladesh sedang menunggang motosikal dari arah Salak Tinggi menghala ke Langat Murni.

Beliau berkata, mangsa gagal membuat pusingan U di kawasan larangan tersebut menyebabkan dia dilanggar oleh pemandu lori berusia 31 tahun itu.

"Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizan berkata, mayat mangsa berusia 34 tahun itu dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat pada jam 9 pagi esok. Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Sumber : Sinar Harian Online
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/96782/EDISI/Selangor-KL/Buruh-maut-dilanggar-ketika-cuba-buat-pusingan-U
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2020-08-26 14:29:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1357243 Tarikh Kemaskini : 27 04 24