WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

KPM segerakan pembinaan semula projek sekolah terbengkalai

KPM segerakan pembinaan semula projek sekolah terbengkalai

image

Mohd Radzi (tengah) ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Putra yang terbengkalai ketika di Bandar Saujana Putra, hari ini. - FOTO: BERNAMA


27 November 2020 - KUALA LANGAT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti projek pembinaan sekolah yang telah lama terbengkalai di seluruh negara, bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula dapat disegerakan.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, usaha ini penting kerana projek terbengkalai itu akan menyebabkan lebih banyak kerosakan sekali gus meningkatkan kos pembinaan.

“Kementerian akan turun padang untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku serta kenal pasti halangannya untuk diselesaikan supaya projek dapat diteruskan dengan baik.

“Ini merupakan antara tumpuan KPM pada waktu ini berkaitan projek-projek pembinaan sekolah yang terbengkalai,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra yang terbengkalai, di sini hari ini.

Justeru, katanya, segala masalah birokrasi di bawah pentadbiran KPM atau agensi lain akan dikurangkan bagi membolehkan projek 'sakit’ ini dapat dipulihkan segera.

“Untuk projek 2021, kita buat perancangan awal supaya pelaksanaannya nanti dapat dijalankan dengan baik dan lancar menepati jadual yang telah ditetapkan, mekanisme, tatacara yang sama cuma ada perkara yang kita boleh pendekkan tempohnya dengan kerjasama semua pihak,” katanya.

Mengulas projek pembinaan SK Bandar Saujana Putra dan SMK Bandar Saujana Putra yang terbengkalai sejak 2019, Radzi berkata, tender akan dibuka bagi membolehkan pelantikan kontraktor baharu bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan semula.

“Kita akan usahakan supaya tender dapat dikeluarkan dalam masa terdekat, insyaALLAH pada awal tahun hadapan kita jangka kontraktor baharu sudah boleh masuk tapak.

“Untuk SK Bandar Saujana Putra, kerja-kerja pembinaan setakat ini dianggarkan kira-kira 55 peratus manakala SMK Bandar Saujana Putra hanya tinggal lima peratus lagi untuk disiapkan. Kita jangka SMK Bandar Saujana Putra akan siap hujung 2021 manakala SK Bandar Saujana Putra akan menyusul selepas itu,” katanya.

Tambahnya kapasiti bilik darjah bagi SK Saujana Putra adalah sebanyak 24 buah, manakala SMK Saujana Putra dengan 36 bilik darjah.

Selain itu, Radzi berkata, KPM juga sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan semula SMK Langkon, Kota Marudu di Sabah yang terbengkalai sejak 2016. - Bernama

 

* Sumber : Sinar Harian online


Kemaskini pada 2020-12-22 13:45:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356622 Tarikh Kemaskini : 25 04 24