Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kos bahan mentah naik tak jejas kualiti makanan jemaah haji

Wartawan Sinar Harian II  09 JUN  2023

 
       

MAKKAH -   Peningkatan kos bahan mentah makanan di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti dan kuantiti hidangan yang disediakan untuk jemaah haji muassasah pada tahun ini.

Ini kerana Tabung Haji (TH) telah melaksanakan beberapa pendekatan bagi mengimbangi kenaikan tersebut supaya kebajikan jemaah haji terus menjadi keutamaan.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, antaranya dengan mengurangkan kos bayaran pekerja di syarikat katering melalui penggunaan rempah ratus pra campur (premix) dalam penyediaan masakan dan aplikasi beberapa peralatan canggih.

“Contohnya untuk memotong bawang, kentang, sayur-sayuran dengan menggunakan mesin dapat dibuat dalam masa singkat, tanpa pekerja ramai dan dapat sediakan untuk 4,000 sajian.

“Nak masak ayam dan ikan tak perlu panaskan minyak, goreng angkat satu persatu kerana menggunakan oven khas yang boleh masak ratusan ketul ayam dan menjimatkan masa penyediaan makanan,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke tiga syarikat katering yang menyediakan hidangan untuk jemaah haji di sini.
 

Syed Saleh (kiri) melihat stok bahan mentah yang terdapat di dapur TH.
Syed Saleh (kiri) melihat stok bahan mentah yang terdapat di dapur TH.

 

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun ini TH turut menambah jumlah menu makanan daripada 28 jenis kepada 42 jenis menu masakan citarasa Malaysia.

Katanya, ia dilakukan untuk mempelbagaikan citarasa supaya tidak timbul keadaan di mana jemaah makan menu yang sama dalam masa yang singkat.

 

Diterbitkan pada 9 June, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator