Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : JPS bina ban mini elak limpahan air Sungai Selangor

Wartawan Sinar Harian II  28 NOVEMBER 2023

 
       

KUALA SELANGOR-   - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan segera bagi menangani kejadian banjir di Kampung Rantau Panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, antara tindakan awal termasuklah membina ban mini di tempat limpahan air.

"Saya difahamkan, selain pembinaan ban mini, JPS juga melaksanakan kerja-kerja peninggian ban juga dipercepatkan daripada tarikh siap bagi mengelakkan banjir berulang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nurul Syazwani memberitahu, proses pemindahan mangsa banjir membabitkan 16 keluarga di kampung itu berjalan lancar.
 

Nurul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di PPS pada Ahad.
Nurul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di PPS pada Ahad.
 

Beliau memberitahu, keadaan banjir di kampung itu juga semakin reda dan penduduk telah dibenarkan pulang pada tengah hari Isnin.

"Saya juga telah berjumpa dengan penduduk dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan," jelas beliau.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, penduduk di Kampung Rantau Panjang di sini terkejut hujan berterusan lebih tujuh jam menyebabkan rumah mereka dinaiki air dengan cepat pada Jumaat.

Keadaan itu menyebabkan rumah penduduk yang tinggal di tebing Sungai Selangor di kampung itu ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.5 meter.

Seramai 46 mangsa daripada 16 keluarga di Kampung Rantau Panjang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Rantau Panjang.

 

 
 
Diterbitkan pada 28 November, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator