Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Hujan tanpa henti 10 jam, 15 rumah dinaiki air

Wartawan Sinar Harian II  15 DISEMBER  2023

 
       

KUALA SELANGOR - Kira-kira 15 rumah penduduk di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini, dimasuki air berikutan banjir kilat yang melanda kampung itu pada Selasa.

Hujan berterusan selama 10 jam bermula kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan rumah penduduk dinaiki air setinggi 0.3 meter.

 

Seorang penduduk, Suzana Zainon, 56, berkata, sepanjang menetap di kampung itu sejak kecil, kediamannya itu tidak pernah dilanda banjir kilat.

"Ini kali pertama rumah saya dinaiki air kerana sebelum ini tidak pernah dilanda banjir kilat sehingga barangan rumah rosak," katanya ketika ditemui pada Rabu.

 

Suzana memberitahu, kejadian banjir kilat itu memang tidak dijangka lebih-lebih lagi melimpah ke dalam rumah.

"Semasa kejadian saya sedang sibuk di dapur menyediakan masakan tengah hari dan kebetulan cucu yang baru balik dari sekolah maklumkan air sudah naik ke ruang tamu.

"Air masuk ke dalam rumah sangat cepat dan kami hanya sempat memindahkan barang penting sahaja," jelasnya yang menetap di rumah itu bersama suami dan lima cucu.

Seorang warga emas, Mat Sabu M Yusof, 79, berkata, dia yang sedang berehat di rumah terkejut apabila tiba-tiba air masuk ke dalam rumah.

 

Jelasnya, kejadian itu menyebabkan rumah didiami isteri dan dua lagi cucunya itu digenangi air.

"Saya memang rasa tak sedap hati kalau hujan berterusan mungkin rumah kami dilanda banjir.

"Sangkaan saya tepat apabila hujan tak sampai dua jam air mula penuh masuk ke dalam rumah.

"Ini kejadian kali kedua berlaku selepas banjir buruk melanda Selangor pada tahun 2021 lalu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Talib Othman, 62, berkata, rumahnya yang terletak di kawasan lebih rendah dinaiki air kira-kira jam 12 tengah malam.

"Apabila banjir surut di bahagian atas (kawasan lebih tinggi), air mula melimpah di penempatan rendah," ujarnya.

 

Bagaimanapun, katanya, penduduk sempat mengalihkan barang dan memindahkan kenderaan masing-masing.

"Biasanya jika hujan berterusan kami sempat mengemas barang sebab bimbang air masuk ke dalam rumah," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd. Raiz Radzuan berkata, setakat ini seramai 36 mangsa daripada 11 keluarga sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Jaya Setia Bestari Jaya.

"Semua mangsa mula dipindahkan pada kira-kira jam 4 petang semalam (Selasa," jelas beliau.

Diterbitkan pada 15 December, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator