Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kematian akibat kanser meningkat kepada 12.6 peratus pada 2022

Wartawan Sinar Harian II  5 FEBRUARI  2024

 
       

KUALA LUMPUR - Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 9.29 peratus.

"Kematian yang tinggi ini juga dapat dikaitkan dengan pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu tahap III dan IV yang tinggi melebihi 60 peratus daripada keseluruhan kanser yang dilaporkan, berdasarkan laporan oleh Registri Kanser Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 manakala kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh berkenaan.

 

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia bertema Close the Care yang berlangsung hari ini, Dr Dzulkefly menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan selain aktif secara fizikal, tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu menyokong usaha KKM dalam mencegah penyakit kanser di Malaysia seperti pemberian vaksin hepatitis B kepada bayi menerusi program Imunisasi Kebangsaan dan vaksin Papillomavirus Manusia (HPV) yang ditawarkan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

"Jalani saringan kanser bagi tujuan pengesanan lebih awal kerana ia dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dalam kalangan pesakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser," katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata, pihaknya akan memastikan rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan termasuk penjagaan kesihatan bagi pesakit kanser.

Diterbitkan pada 5 February, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator