Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Hanya Kuala Selangor catat bacaan IPU tidak sihat - KP Alam Sekitar

Wartawan Sinar Harian II  25 JULAI 2025

 
       

PUTRAJAYA - Kuala Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang tadi, dipercayai dipengaruhi masalah jerebu rentas sempadan, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Beliau berkata, bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan dua kawasan mencatatkan status kualiti udara baik manakala 64 kawasan pada tahap sederhana.

 

"Kemerosotan kualiti udara di kawasan terlibat masih dipengaruhi jerebu rentas sempadan. Tiada kebakaran besar berlaku yang boleh menyebabkan jerebu setempat,” katanya.

Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) berpusat di Singapura semalam, Wan Abdul Latif berkata, imej satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) 20 mendapati 42 titik panas dikesan di Sumatera manakala 91 lagi di Kalimantan.

Selain itu, beliau berkata, 13 titik panas dikesan dalam negara iaitu 11 di Sarawak dan masing-masing satu di Pahang serta Terengganu.

"JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

"Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.

"Pemilik tanah juga diminta mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Wan Abdul Latiff berkata, JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat berdasarkan PTJK.

Antara tindakan perlu dilaksanakan adalah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100 manakala sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. - Bernama

Pemandangan bangunan pencakar langit dan kawasan sekitar ibu kota kelihatan terjejas akibat jerebu yang melanda sejak beberapa hari lalu. Foto Bernama

Diterbitkan pada 25 July, 2025 Diterbitkan Oleh 1