Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Kes bunuh ibu: Penganggur dihadapkan ke mahkamah

Wartawan Sinar Online II  25 JANUARI 2022

 
       

KUALA SELANGOR -   Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya dalam kejadian 15 Januari lalu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Roslizi Sulaiman.


Mengikut pertuduhan, Mohamed Azam didakwa melakukan pembunuhan itu pada jam 8.10 pagi hingga 6.08 petang di rumah bernombor 3E 489, Pasir Penambang di sini pada 15 Januari lalu.

 

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Kenneth Oon memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kimia, forensik dan bedah siasat yang dijangka diperoleh dalam tempoh dua bulan.

 

Sementara itu, peguam tertuduh, Naim Mahmud meminta mahkamah membenarkan tertuduh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital kerajaan.

 

Roslizi kemudian membenarkan tempoh penyediaan laporan pihak pendakwaan manakala pembelaan diminta membuat permohonan di mahkamah tinggi.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/184531/BERITA/Semasa/Kes-bunuh-ibu-Penganggur-dihadapkan-ke-mahkamah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2022-01-25 08:24:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page