Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Pemandu maut treler terbabas masuk parit, langgar tembok

Wartawan Sinar Online II  25 JANUARI 2022

 
       

KUALA SELANGOR -   Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 di sini pada Khamis.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.59 pagi.

 

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian.


"Kemalangan membabitkan pemandu treler berusia 50 tahun akibat terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta.

 

"Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Norazam berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pasukannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/183974/BERITA/Semasa/Pemandu-maut-treler-terbabas-masuk-parit-langgar-tembok
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2022-01-25 08:27:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page