Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Suami isteri tular curi pembesar suara dicekup

Wartawan Sinar Online II  22 FEBUARI 2022

 
       

KUALA SELANGOR -   Kegiatan suami isteri mencuri pembesar suara sebuah kedai aksesori di Bandar Melawati yang tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sini akhirnya dicekup polis pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, turut ditahan ialah seorang lagi individu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pasangan terbabit.

 

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat pihaknya menahan ketiga-tiga mereka pada jam 12.30 pagi Selasa di sebuah premis di Puncak Alam.


"Kesemua mereka yang ditahan itu berusia lingkungan 16 hingga 31 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Ramli berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai melakukan kegiatan itu jam 4 petang pada 9 Februari lalu.

 

Katanya, menerusi rakaman CCTV mendapati ketiga-tiga suspek masuk ke dalam kedai tersebut.

 

"Pemeriksaan mendapati suspek telah mencuri barangan jualan di dalam dan luar kedai bernilai RM436.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK)," ujarnya.

 


Kemaskini pada 2022-02-22 11:22:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page