Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Polis buru dua suspek samun rantai emas

Wartawan Sinar Online II  06 APRIL 2022

 
       

KUALA SELANGOR -   Polis memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam kejadian samun di Taman Suria Indah, Tanjong Karang di sini pada Isnin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan, Mohd Ambia Nordin berkata, kejadian jam 6.58 pagi itu berlaku selepas suspek meragut rantai leher mangsa semasa berada di luar rumah.

 

Menurutnya, dalam kejadian itu dua suspek terbabit menaiki motosikal dan bertopi keledar sebelum salah seorang menghampiri mangsa.


"Salah seorang suspek meragut rantai emas milik mangsa dan kemudian beredar menaiki motosikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Mohd Ambia berkata, sehingga kini, polis masih mengesan suspek dan tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

 

"Sekiranya orang awam mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor, Nur Fatmaliani Mohamed di talian 013-671 6323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kanun keseksaan iaitu samun bersenjata," katanya.

 

Sebelum ini tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian samun terbabit.


 

 

 

 


Kemaskini pada 2022-04-06 14:47:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page