Wartawan Sinar Online II 06 APRIL 2022
SHAH ALAM - Jumlah harian kes Covid-19 di Selangor kini menurun kepada 5,791 kes setakat jam 11.59 malam pada Isnin, berbanding 7,613 kes pada Ahad.
Menurut hantaran berkenaan, mukim Petaling menyumbang kepada jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 1,853 kes.
Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan mukim kedua yang mencatat kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor iaitu mukim Gombak sebanyak 1,237 kes, diikuti dengan Hulu Langat sejumlah 1,137 kes.
"Mukim Klang mencatatkan jumlah kes Covid-19 sebanyak 874 kes, diikuti dengan Kuala Langat (403); Kuala Selangor (143); Sepang (67); Hulu Selangor (40) dan Sabak Bernam (37)," katanya. |
Kemaskini pada 2022-04-06 14:50:08 daripada Administrator