Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 43 mangsa dipindahkan ke PPS

Wartawan Sinar Online II  18 MEI 2022

 
       

KUALA SELANGOR-   Seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang di sini dipindakan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai MPKS Bestari Jaya di sini selepas rumah mereka dinaiki air pada Selasa.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, semua mangsa dipindahkan secara berperingkat bermula jam 1 tengah hari Selasa.

 

Menurutnya, mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8 orang) dan kanak-kanak perempuan (2 orang).


"Selain itu, seramai tiga warga emas masing-masing lelaki dan wanita, bayi lelaki (lapan orang) dan bayi perempuan (dua orang) turut dipindahkan di PPS sama," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

 

Mohd Khairul berkata, daripada pecahan jantina pula merekodkan seramai 29 lelaki dan 14 perempuan ditempatkan di PPS itu.

 

"Seramai empat petugas masing-masing dua petugas mewakili APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menguruskan mangsa banjir di PPS.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/202798/EDISI/Banjir-43-mangsa-dipindahkan-ke-PPS
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2022-05-18 12:13:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page