Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 1,469 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Wartawan Sinar Online II  18 MEI 2022

 
       

SHAH ALAM -   Sebanyak 1,469 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,481,278 kes.


Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, sebanyak tiga kes adalah kes import.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan tiga kematian baharu termasuk dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).


Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,623 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

Selain itu, sejumlah 30,509 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

 

Daripada jumlah tersebut, seramai 29,271 atau 95.9 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,182 dimasukkan ke hospital.

 

Data itu juga menunjukkan sejumlah 36 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 19 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

 

Sementara itu, sejumlah 1,836 kes sembuh turut direkodkan pada Selasa dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,415,146 kes.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/202784/KHAS/Covid-19/1469-kes-baharu-Covid-19-tiga-kematian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2022-06-22 09:18:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page