Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MPKS tembak 2,531 burung gagak cemari premis perniagaan

Wartawan Sinar Online II  22 JUN 2022

 
       

KUALA SELANGOR-   Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menembak sebanyak 2,531 burung gagak dalam satu operasi sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.


Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitarannya, Jefriee Abd Manaf berkata, seramai 14 penembak berlesen menyertai operasi itu bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

 

Menurut Jefriee, operasi itu dilakukan berikutan terdapat beberapa kawasan perniagaan dicemari dengan najis, gangguan bau dan bunyi disebabkan populasi burung gagak.


"Beberapa kawasan dikenal pasti itu antaranya di Padang Astaka Tanjung Karang, Taman Bendahara dan Pekan Sungai Buloh," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

 

Beliau berkata, tindakan agresif melalui operasi menembak telah diambil untuk membantu mengawal populasi gagak yang mengganggu kawasan awam.

 

Katanya, orang ramai disarankan sentiasa memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan dalam mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

 

"Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/208003/EDISI/MPKS-tembak-2531-burung-gagak-cemari-premis-perniagaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 


Kemaskini pada 2022-06-22 09:03:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page