Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Selangor ambil inisiatif pulihara hutan paya bakau

Wartawan Sinar Online II  22 JUN 2022

 
       

SHAH ALAM -   Kerajaan Selangor mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan pemuliharaan hutan paya bakau di negeri ini termasuk mengharamkan penebangan pokok di kawasan terlibat bagi tujuan komersil sebagai usaha memelihara alam sekitar.


Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Hee Loy Sian berkata, selain dasar kerajaan negeri yang tidak membenarkan pengeluaran atau penerokaan kayu bakau terutama di hutan simpan, terdapat penambahan keluasan kawasan pokok bakau melalui usaha dijalankan itu.

 

"Sebanyak 18,244 hektar hutan paya laut terdapat di Selangor meliputi kawasan Pelabuhan Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.


"Setakat ini kawasan hutan paya laut yang dibangunkan mempunyai permit dan kelulusan sewajarnya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Wan Kamal Mujani yang mengatakan dianggarkan 50 peratus hutan paya bakau negara sudah diterokai sejak sebelum kemerdekaan.

 

Wan Kamal ketika Majlis Pelancaran Inisiatif Pemuliharaan Hutan Bakau Yayasan CIMB-UKM di Taman Alam Kuala Selangor pada Ahad berkata, bagi menangani hutan paya bakau terus dicerobohi, pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk melindungi dan mengekalkan kawasan sedia ada.

 

Mengulas lanjut, Loy Sian tidak menafikan terdapat unsur penebangan pokok secara haram, namun berjaya dipatahkan melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan.

 

Menurutnya, aktiviti tersebut bukan hanya berlaku di Selangor tetapi negeri-negeri lain turut menghadapi situasi sama.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/207870/EDISI/Selangor-ambil-inisiatif-pulihara-hutan-paya-bakau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2022-06-22 09:04:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page