|
PELAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR DAN JUGA PEJABAT DAERAH / TANAH PETALING
Pada 18.11.2009 jam 8 malam PDKS telah menerima kunjungan daripada pegawai dan kakitangan daripada kelab kebajikan & sukan, Pejabat Daerah / Tanah Petaling seramai 12 kakitangan dan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan antara pasukan badminton Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor menentang pasukan badminton Pejabat Daerah Petaling, pada jam 9 malam bertempat di Dewan Siantan Majlis Daerah Kuala Selangor, sebayak 7 perlawanan di adakan dan berkeputusan seri iaitu 2 kemenangan, 2 kekalahan dan 3 seri. Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan ukhwah sillatulrahhim antara kedua-dua jabatan dimana akan mengadapi sukan petanda (sukan antara Pejabat-Pejabat Daerah / Tanah Negeri Selangor) pada awal tahun 2009 di mana Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang di adakan penggal 2 tahun.
|
|
Kemaskini pada 2013-10-23 15:53:39 daripada Administrator