|
JELAJAH MALAYSIA 2009
Kuala Selangor, 19 April 2009 - Skuad berbasikal Jelajah Malaysia 2009 telah memulakan acara perjalanannya iaitu bertempat di Stesen Bas Kuala Selangor, Jalan Melati 3/2. Acara bermula dengan perlepasan Cavalcade oleh Tuan Pegawai Daerah dengan diiringi Tuan Haji Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail, Yang di-Pertua Majlis Daerah Tuan Haji Haris Bin Kassim. Cavalcade tersebut termasuklah kenderaan pengunjung, kenderaan penaja, kenderaan perubatan dan kenderaan teknikal.
|
 |
Antara kenderaan penaja ialah HOT FM, PERODUA dan PROTON. Acara dimulakan dengan "Sign On" dan disamping itu, persembahan kebudayaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama diikuti persembahan dari KLBMX JAM Competition.
Perlumbaan pada tahun ini akan melibatkan jarak sejauh 1240 kilometer yang akan bermula pada 19 April di Kuala Selangor menyusuri negeri Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan berakhir dengan kriterium Kuala Lumpur pada 26 April. 20 pasukan termasuk lima pasukan tempatan akan bersaing pada perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) yang akan mempertanding lapan peringkat bermula 19 April ini. Acara pelepasan pelumba-pelumba dan peserta-peserta lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Laluan Perlumbaan bermula dari Kuala Selangor ke Ipoh, Perak.
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 10:02:17 daripada Administrator