|
PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS KESYUKURAN ANUGERAH PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT TAHUN 2008
Kuala Selangor : 07 Januari 2009 bersamaan 10 Muharam 1430H (Rabu). Satu Perhimpunan Pagi dan Majlis Kesyukuran Anugerah Pengurusan Pentadbiran Pejabat Tahun 2008 bersama warga kerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor telah di adakan di Dewan Kediaman Pegawai Daerah. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dimana ia telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan . Seterusnya, majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Selangor Bergerak Maju yang di ketuai oleh Kumpulan Koir Khidmat Pengurusan.
|

|

|
Kemudian, majlis di teruskan lagi dengan bacaan ikrar dan disusuli dengan bacaan doa. Setelah itu, majlis di serikan lagi dengan ucapan rasmi Tuan Pegawai Daerah iaitu Tn Hj Mohd Misri b. Hj Idris. Pada majlis tersebut, beliau telah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua warga kerja PDKS yang hadir. Beliau juga menyatakan yang perhimpunan pagi kali ini diadakan sempena menggabungkan beberapa perkara iaitu : i) Memenuhi perhimpunan pagi yang diadakan setiap bulan; ii) Mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Anugerah Pengurusan Pentadbiran Pejabat 2008 untuk kali ke-3. iii) Meraikan kejayaan kutipan hasil yang telah memenangi Anugerah Prestasi Kutipan Hasil dengan menerima wang tunai berjumlah RM100 000.00 dan iv) juga meraikan Tuan Pegawai Daerah yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Setia Mahkota Selangor (S.M.S) pada 11 Disember 2008 yang lalu bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
|
Selain Dari itu, beliau berpesan kepada semua warga kerja PDKS supaya berhijrah atau membuat perubahan dari aspek mental (niat), ikrar (lafazkan) dan pelaksanaan (tindakan) untuk berubah dari yang terbaik kepada yang lebih cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang ciri-ciri orang yang cemerlang iaitu mempunyai kesedaran untuk berubah, akidah Islam, berakhlak mulia, menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan Amal Makruf iaitu sentiasa membuat kebaikan dan menjauhi perkara yang dilarang. Sebelum majlis bersurai, semua warga kerja PDKS dijemput untuk menjamu selera dan berakhir pada pukul 1.00 tgh.
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 10:57:11 daripada Administrator