|
SKIM MESRA USIA EMAS FASA KEDUA (DUN PERMATANG DAN DUN SUNGAI BURONG)

 |
Kuala Selangor, 21 April 2009 (Selasa) - Satu Majlis Penyerahan Bayaran Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua telah diadakan di Dun Permatang. Kira-kira RM55,500.00 untuk 37 orang telah diperuntukkan untuk Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua. Seramai 37 orang penama berdaftar di kawasan Kuala Selangor iaitu kawasan Dun Permatang seramai 21 orang dan Dun Sungai Burong seramai 16 orang yang telah meninggal dunia telah menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Warga Emas berjumlah RM1,500.00 setiap seorang. Antara yang menyampaikan sumbangan tersebut ialah Dr. Abdul Rani Osman, ADUN MERU yang mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah, Cikgu Rusdi dan Tuan Haji Kudus.
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 11:29:36 daripada Administrator