|
PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2009 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR
 |
Kuala Selangor, 13 OGOS 2009 (Khamis) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan bermula jam 8.00 pagi yang telah dipengerusikan oleh Unit Teknikal Dan Penguatkuasaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.
|
Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan berkenaan dengan Hari Q. Beliau mengharap supaya warga kerja PDKS membudayakan budaya korporat dalam menjalankan tugas. Dalam ucapan tersebut, beliau juga memberitahu aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Hari Q diadakan iaitu ceramah Hari Q, Kuiz IT dan sebagainya. Beliau berharap agar semua warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dapat menjayakan Hari Q sepanjang ia diadakan.
|
 |
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 12:06:19 daripada Administrator