Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bahana bubur lambuk basi

Wartawan Sinar Harian II 10 Julai 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Kegembiraan dua kanak-kanak yang teringin untuk menikmati bubur lambuk untuk berbuka puasa bersama keluarga bertukar tragedi apabila mereka dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang akibat keracunan makanan.

Keadaan Muhammad Zul Rayyan Nazmi, 1, dan kakaknya, Nurzulakha Qystina, 5, yang gelisah, muntah teruk dan diserang cirit birit selepas beberapa jam menikmati bubur lambuk memenyebabkan mereka terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan untuk rawatan segera.

Bapanya, Azmi Abdul Azis, 33, berkata, dia tidak menyangka bubur lambuk yang diminta anaknya untuk juadah berbuka puasa mengundang bahaya apabila dua anaknya muntah-muntah sehingga longlai.

“Sebelum ini saya beli makanan berbeza di setiap gerai dan kebetulan semalam, anak minta bubur lambuk yang nampak sedap bila kami jalan-jalan cari makanan untuk berbuka puasa.

                                                               Azmi (kanan) sayu melihat kedua anaknya yang ditahan wad selepas disahkan keracunan makanan.

“Masa berbuka, hanya mereka berdua saja yang makan bubur lambuk itu dan tak lama selepas mereka gelisah dan muntah-muntah. Mereka turut mengadu sakit perut dan diserang cirit birit.

“Tak mahu kejadian buruk berlaku, saya terus bawa mereka ke hospital kira-kira jam 1 pagi dan ditahan wad kerana kekurangan air dalam badan dan mereka masih menderita akibat cirit birit,” katanya sebak.

Azmi tidak menolak kemungkinan anaknya keracunan makanan akibat makan stok bubur lambuk yang sudah basi yang mungkin dijual semula oleh peniaga di bazar Ramadan terbabit.

“Saya juga ada simpan sisa bubur lambuk itu untuk dibawa kepada pihak berkenaan untuk laporan dan siasatan lanjut sebab saya tak mahu ada kanak-kanak lain berdepan nasib yang sama.

“Sebelum ini ada juga dengar cerita dan cakap-cakap orang mengatakan ada segelintir peniaga jual semula makanan yang tak habis sebab tak mahu rugi.

“Tapi akibatnya, ia beri kesan kepada pembeli terutamanya kanak-kanak dan saya sendiri sudah terkena dan anak yang masih kecil terpaksa tanggung sakit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tanjong Karang, Dr Mohd Zamri Wagiman@Saim mengesahkan menerima laporan berhubung kemasukan lima pesakit yang dipercayai mengalami keracunan makanan yang terdiri empat kanak-kanak dan seorang dewasa.

“Bagaimanapun pihak hospital sedang membuat pemantauan dengan meletakkan semua pesakit di wad berisiko sederhana bagi memastikan mereka tidak mengalami dihidrasi atau kekurangan air dari dalam badan.

“Kita juga turut memaklumkan kepada  Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan dimaklumkan, pihak mereka juga sedang menjalankan siasatan berhubung kes sama.

“Maklumat mangsa sudahpun diperolehi  bagi mengesahkan punca keracunan makanan terbabit,” katanya yang memaklumkan kesemua pesakit dilaporkan stabil.

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:23:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page