Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nafi tuduhan Menteri Umno 'pilih bulu'

Wartawan Utusan Online II 07 April 2017

 
       

 

SUNGAI BURONG - Tuduhan terhadap Menteri Umno yang dikatakan 'pilih bulu' dalam pengagihan bantuan ihsan petani yang terjejas musibah banjir disifatkan fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

 

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias menegaskan, pihaknya menyelar kenyataan berunsur fitnah dalam Selangorkini keluaran 7 April hingga 14 April itu  yang diedarkan di masjid  sekitar daerah ini, hari ini yang jelas tidak berasas.

 

 

Menurutnya, sebaran kenyataan yanh berbaur fitnah itu cukup berat lebih-lebih lagi diedarkan melalui surat khabar milik kerajaan negeri dengan sumber yang diragui kewibawaannya.

 

"Saya cukup kenal dengan individu yang mengeluarkan kenyataan dalam Selangorkini itu bahkan orang kampung pun kenal...tapi saya cukup kesal dengan kenyataan yang berbaur fitnah dan menuduh penerima dipilih-pilih.

 

"Sedangkan senarai nama penerima sumbangan ihsan itu dikenal pasti pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) masing-masing melibatkan tujuh kampung.

 

"Kampung yang terlibat dalam musibah banjir itu adalah Parit 2, Kampung Ampangan, Sungai Sireh, Blok BI, DKPV, EQSW dan COJ Sawah Sempadan melibatkan 118 orang," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tuduhan yang disebarkan Selangorkini terhadap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang dikatakan memilih bulu terhadap isu agihan sumbangan ihsan petani.

 

Tegasnya, senarai 118 nama yang terdiri petani yang berdepan musibah banjir sehingga menjejaskan hasil pertanian itu tidak mengira perbezaan fahaman politik seperti yang dituduh dalam Selangorkini.

 

Beliau ketika ditemui ketika hadir merasmikan Majlis Penyampaian Insentif MyGAP Parlimen Tanjong Karang di Pusat Pertanian Sungai Burong, petang tadi.

 

                                                Nafi tuduhan Menteri Umno 'pilih bulu'

        

Kemaskini pada 2017-04-21 15:38:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page