tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

PKNS SUMBANG RM10 RIBU BINA PETAK SAMPAH

image


 

SHAH ALAM, 15 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbang RM10,000 kepada Badan Pengurusan Bersama Penduduk (JMB) Pangsapuri Blok 9-14

Seksyen 18, di sini, semalam.

 

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata, petak sampah itu adalah alternatif bagi menjamin kebersihan dan keselesaan kawasan penduduk setempat.

 

“PKNS komited membantu penduduk menyediakan fasiliti pengurusan pembuangan sampah terutama bagi menampung sampah pukal.

 

“Pembinaan tiga petak sampah ini untuk kegunaan bersama dan berharap masalah longgokan sampah pukal di bahu jalan serta padang permainan dapat dikurangkan,”

katanya.

 

Beliau berkata, budaya penjagaan kebersihan perlu dididik agar penduduk tidak membuang sampah sesuka hati sekali gus mengotorkan kawasan persekitaran.

 

Sementara itu, pembuangan sampah yang tidak mengikut peraturan turut dibanteras.

 

Turut hadir, EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS,

Norita Mohd Sidek.

 

Pada masa sama, Rodziah berkata, peruntukan khas peralatan gotong-royong disediakan kepada JMB dan persatuan bagi menggalakkan penduduk membudayakan

amalan itu.

 

Justeru, JMB perlu memastikan penglibatan penduduk dalam setiap program atau aktiviti yang diadakan.

 

“Penglibatan semua golongan tanpa mengira peringkat umur dapat mengeratkan hubungan kejiranan antara penduduk. Malah, saya menggalakkan aktiviti

kemasyarakatan dilaksanakan minggu ketiga setiap bulan,” katanya.

 

Sumber : https://www.selangor.gov.my/


Kemaskini pada 2019-03-25 10:28:54 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini37
Minggu IniMinggu Ini2175
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245953
qrcode
Visitor count : 2245954 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24