tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

TOURISM SELANGOR PROMOSI PELANCONGAN DI ATM2019

image


 

SHAH ALAM, 6 MEI: Tourism Selangor terus mempromosikan produk dan kemudahan pelancongannya di Arabian Travel Market (ATM) 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan

Dunia Dubai dari 28 April hingga 1 Mei.

 

EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, ATM merupakan salah satu tonggak penting untuk mempromosikan

destinasi pelancongan dinamik di Selangor.

 

Katanya, menerusinya, Kerajaan Negeri dapat membuka pintu pertumbuhan ekonomi menerusi sektor pelancongan yang mampan pada masa hadapan.

 

“Ia juga akan memberi tumpuan dalam memperkukuhkan jenama pelancongan negara dan mempromosikannya sebagai destinasi leisure, perubatan, Golf dan Perniagaan

(M.I.C.E) untuk pasaran Timur Tengah.

 

“Produk pelancongan pelbagai Selangor merangkumi suasana dan reputasi kosmopolitan yang bergaya untuk hotel atau resort mewah.

 

“Ia termasuk taman tema dan lokasi hiburan, landskap eko kecantikan semulajadi yang menakjubkan; bandar pintar dan warisan seni bina,” katanya.

 

Untuk rekod, Selangor mencatatkan kedatangan 7.23 juta pelancong pada 2018 dan lebih 185,000 dari Timur Tengah.

 

Sejumlah RM5.5 bilion turut dicatatkan menerusi industri itu dan dijangka meningkat 2 hingga 3 peratus dengan jumlah 7.7 juta pelancong domestik dan antarabangsa pada

tahun ini.

 

Justeru, Abdul Rashid komited sasaran itu mampu dicapai dengan sokongan daripada semua pihak termasuk agensi pelancongan, swasta dan badan bukan kerajaan.

 

“Antara tempat yang menarik perhatian pelancong dari negara itu ialah Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Taman Hutan Eco Kanching, Avani Sepang Goldcoast, i-City Shah

Alam, One Utama Shopping Centre, The Curve Damansara dan Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2019-05-15 12:37:29 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini786
Minggu IniMinggu Ini2924
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246606
qrcode
Visitor count : 2246607 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24