tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Proses syarat terima KISS diperketat

image


 

PUCHONG, 14 JULAI: Syarat bagi penerima program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperketat untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak

menerimanya.

 

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pemohon perlu melalui tapisan daripada 18 jabatan kerajaan

termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

Katanya, langkah itu diambil kira selepas pembekuan KISS selama sebulan bermula 15 Jun lalu bagi memberi laluan kepada proses pengemaskinian maklumat

penerima.

 

“Tahun lalu, kira-kira 39,000 wanita menerima bantuan itu, namun selepas kita mengemas kini maklumat hanya kira-kira 11,000 sahaja yang layak.

 

“Kita mahu memastikan ketulusan dalam menerima bantuan itu. Sebab ada yang kita kesan mereka yang menerima KISS mempunyai lebih daripada satu aset

seperti rumah dan kereta terutama yang bekerja sendiri.

 

“Selain itu, langkah ini juga bagi mendidik mereka yang tidak sepatutnya menerima bantuan itu tidak mengambil hak orang yang lebih layak menerimanya,”

katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya

2019, di Puchong Utama Court 2, di sini hari ini.

 

Pada masa sama, Siti Mariah berkata, penerima untuk program itu perlu bermastautin di Selangor dan menjadi pengundi di negeri ini selain mempunyai anak

di bawah usia 21 tahun.

 

“Selepas kelayakan itu disemak, kita akan menyemak pula pendapatan isi rumah mereka iaitu antara RM1,500 sehingga RM2,000 dan perlu tersenarai dalam

Bantuan Sara Hidup,” katanya.

 

Beliau berkata, pihaknya juga berusaha menawarkan latihan kemahiran kepada ibu yang menerima bantuan itu supaya mereka boleh menambah pendapatan

sendiri tanpa terus berharap kepada bantuan kerajaan.

 

KISS adalah bantuan bulanan RM200 kepada ibu di Selangor dan boleh diguna di kedai serta pasar raya berdaftar menggunakan urusniaga pembelian barangan

keperluan asas secara tanpa tunai.

 

Sumber : https://www.selangor.gov.my/


Kemaskini pada 2019-07-24 11:57:17 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini238
Minggu IniMinggu Ini5303
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243354
qrcode
Visitor count : 2243355 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24