tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MBSA anjur pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam

image


 

SHAH ALAM, 10 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengalu-alukan orang ramai dan pihak sekolah menyertai pertandingan Anugerah Landskap

Shah Alam yang bakal dimulakan pada 1 September hingga 1 November ini.

 

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, anugerah itu dibahagikan kepada dua iaitu melibatkan premis kediaman

individu dan sekolah.

 

“Program tersebut adalah salah satu inisiatif MBSA bagi menerapkan nilai budaya landskap, menyemai kesedaran dan memupuk tanggungjawab terhadap

kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah serta kediaman persendirian,” katanya.

 

Penyertaan tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua penduduk yang terletak di bawah pentadbiran MBSA.

 

“Anugerah Landskap Shah Alam ini mempertandingkan dua kategori iaitu Kategori Sekolah bagi peringkat sekolah rendah dan menengah serta Kategori

Kediaman Individu seperti rumah teres, banglo dan kediaman tradisional,” katanya kepada SelangorKini.

 

Pemenang tempat pertama bagi kategori Landskap Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai

RM3,000, RM2,000 hadiah tempat kedua dan RM1,000 hadiah tempat ketiga. Turut ditawarkan lima hadiah sagu hati bernilai RM500.

 

Bagi kategori Landskap Kediaman Terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500 bagi tempat pertama, RM850 bagi tempat kedua, RM500 bagi

tempat ketiga dan lima hadiah sagu hati berjumlah RM200.

 

Shahrin berkata, pertandingan tersebut diharap dapat menjadi platform untuk mengiktiraf hasil kerja landskap warga Shah Alam dari aspek reka bentuk,

pembangunan dan penyelenggaraan.

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Landskap di talian 03-5510 5133.

 

Sumber : https://selangorkini.my/2019


Kemaskini pada 2019-09-17 09:53:32 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini43
Minggu IniMinggu Ini4879
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248255
qrcode
Visitor count : 2248256 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24