tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Belanjawan 2020: Selangor bakal umum beberapa usaha baharu

image

 


 

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan Negeri akan mengumumkan beberapa usaha baharu yang dapat membawa kebaikan kepada rakyat, termasuk masyarakat India sempena Belanjawan 2020

yang bakal dibentangkan Jumaat ini, kata Amirudin Shari.

 

Dato’ Menteri Besar berkata, sejak dari awal pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN), penduduk di Selangor sebelum ini menikmati manfaat usaha dan inisiatif yang memartabatkan pelbagai

aspek.

 

Katanya, aspek berkenaan termasuk pendidikan, keusahawan, kesihatan dan taraf sosial rakyat di negeri itu.

 

“Dasar PAKATAN yang bersifat jangka panjang ini bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat dan kemampanan fiskal ekonomi negeri serta negara. Perubahan ini hanya dapat disaksikan

kejayaannya setelah beberapa tempoh masa berlalu.

 

“Matlamat pentadbiran ini adalah untuk menaikkan taraf hidup rakyat, sama ada yang berpendapatan rendah mahupun tinggi, termasuk golongan miskin desa juga kota supaya dapat diberi

pengupayaan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Deepavali, hari ini.

 

Amirudin berkata, pengorbanan dan keberanian masyarakat India pada 2007 memberikan nafas baharu pada perjuangan rakyat

 

Malah, katanya, usaha bersama masyarakat Melayu, Cina dan anak semua bangsa selama 11 tahun kebelakangan ini membuka lembaran baharu dalam politik Malaysia.

 

“Sejarah ini wajar kita hargai supaya matlamat asal perjuangan seluruh warga Malaysia, yakni kepentingan rakyat akan sentiasa diutamakan dalam apa jua keadaan.

 

“Apabila kebajikan rakyat terbela, akan hadirlah keamanan dan perpaduan yang kemudiannya akan membawa pula kepada kemakmuran buat semua. Inilah yang kita dapat amati dan nikmati

di Selangor sejak 2008,” katanya.

 

Pada masa sama, beliau berharap perayaan Deepavali disambut masyarakat beragama Hindu dan Sikh dapat mengeratkan silaturahim antara rakan taulan serta sanak keluarga.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2019-11-01 11:05:31 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini749
Minggu IniMinggu Ini4087
Bulan LepasBulan Lepas22288
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2466115
qrcode
Visitor count : 2466116 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 25