tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MBPJ buka 19 kaunter bergerak untuk perbaharui lesen perniagaan

image


 

PETALING JAYA, 30 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak di 19 lokasi terpilih di sekitar kawasan pentadbiran

berkenaan sempena Kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan 2020, bermula pada 5 November hingga 27 Disember ini.

 

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata, inisiatif itu diambil bagi memudahkan urusan pemegang lesen membuat pembaharuan lesen

masing-masing sebelum tarikh tutup kempen pada 31 Disember.

 

Katanya, proses permohonan dan pembaharuan lesen yang sudah mula dibuka sejak 1 Oktober lalu itu akan membabitkan sebanyak 51,251 pemegang lesen tred

serta 9,480 lesen usahawan mikro (penjaja).

 

“Bagi pembaharuan lesen tred, kita membuka kaunter bergerak di lapan lokasi pusat membeli belah terpilih, manakala lesen penjaja boleh dilakukan di 11 lokasi

di pasar malam, pasar awam dan pasar lambak.

 

“Pembaharuan lesen juga boleh dibuat di kaunter ibu pejabat MBPJ, Menara MBPJ dan pejabat cawangan Petaling Jaya Utara. Sebagai tambahan kepada penyediaan

perkhidmatan, kaunter bergerak ibu pejabat MBPJ dibuka pada Sabtu, Ahad termasuk cuti umum sepanjang Disember 2019 dari 9 pagi hingga 4 petang,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Jom Bayar Lesen 2020, di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar dan Pengarah Jabatan Pelesenan MBPJ, Sharinaz Samsudin.

 

Mohd Sayuthi berkata, semakan pembaharuan lesen juga boleh dibuat melalui aplikasi e-lesen dan pelanggan boleh mengimbas kod bar pada lesen bagi tujuan

menjejak pergerakan permohonan daripada lesen sementara ke lesen kekal.

 

“Pelanggan dapat menyemak bilangan kompaun berkaitan dengan akaun lesen, selain membaca maklumat terkini berhubung akaun lesen yang diimbas seperti

nama syarikat, alamat lesen, aktiviti dilesenkan dan tempoh sah laku lesen itu.

 

“Pengguna aplikasi akan menerima pemberitahuan berkenaan pengumuman terkini daripada Jabatan Pelesenan MBPJ seperti pautan borang, promosi dan maklum

balas tahap kepuasan pelanggan,” katanya.

 

Pada masa sama, beliau berkata, kegagalan pemegang lesen memperbaharui lesen terbabit dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak

RM300.

 

“Kita mengingatkan mereka supaya menjelaskan tunggakan kompaun dan memperbaharui kelulusan tukar guna bangunan, kebenaran merancang serta permit

bangunan terlebih dahulu sebelum pembaharuan lesen 2020 dibuat.

 

“Pembaharuan lesen melalui pekerja atau wakil perlu disertakan dengan surat kebenaran wakil atau mengisi borang maklumat wakil yang boleh didapati di kaunter

Jabatan Pelesenan juga laman sesawang rasmi MBPJ.

 

“Pengambilan lesen oleh pemilik, pekerja atau wakil perlu mengemukakan kad pengenalan atau pasport kepada petugas kaunter untuk dimasukkan ke dalam sistem

pengesahan pengambilan lesen (SPPL) bagi tujuan perekodan,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2019-11-01 11:11:35 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini846
Minggu IniMinggu Ini4835
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248230
qrcode
Visitor count : 2248231 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24