tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Nguyen, Dos Santos tidak lagi sarung jersi Selangor

image


 

SHAH ALAM, 17 NOV: Selangor melepaskan dua pemain importnya iaitu tunggak pertahanan, Michal Nguyen dan pemain tengah, Endrick Dos Santos selepas kontrak mereka

tidak dilanjutkan bagi menghadapi musim baharu tahun hadapan.

 

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerusi ciapan di laman Twitter @FASelangorMy, semalam.

 

“Sudah menjadi lumrah bola sepak tiada pemain yang akan kekal selama-lamanya untuk sesebuah pasukan.

 

“Oleh disebabkan itu, FAS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pemain yang akan meninggalkan skuad Selangor bagi musim ini.

 

“Meskipun tidak lagi menyarung jersi Selangor selepas ini, nama anda akan kekal dalam sejarah bola sepak Selangor sampai bila-bila.

 

“Jasa anda akan sentiasa kami kenang. Selamat tinggal dan terima kasih,” tulisnya.

 

Perkembangan itu menyaksikan Gergasi Merah memiliki hanya satu lagi slot import untuk diisi iaitu kuota import ASEAN apabila sebelum ini mereka membuat keputusan mengekalkan

empat pemain import sedia ada, Rufino Segovia, Ifedao Olusegun, Sandro da Silva dan Taylor Regan.

 

Dalam pada itu, enam pemain tempatan turut dilepaskan iaitu Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan, Latiff Suhami, Azreen Zulkafali, Fandi Othman dan Norhakim Isa.

 

Antara pemain yang kekal menyarung jersi Selangor bagi musim hadapan adalah Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zack Haikal Wan Noor, K Prabakaran, Halim Saari, Syukri Azman,

Syahmi Safari, K Sarkunan dan Syazwan Zainon.

 

Mengikut jejas sama adalah A Namathevan, Khairulazhan Khalid, Sean Selvaraj, Ashmawi Yakin, Tamil Maran, Haziq Ridwan dan Farizal Harun.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2019-11-18 10:50:29 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini482
Minggu IniMinggu Ini5547
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243552
qrcode
Visitor count : 2243553 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24