tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Air Selangor perkenal alat jimat 10 peratus guna air

image


 

KAJANG, 10 NOV : Pengurusan Air Selangor mengambil langkah pro aktif bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan menjimatkan air.

 

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, antara langkah diambil termasuk memperkenalkan bidal air bagi membantu pengguna

menjimatkan penggunaan air sehingga 10 peratus.

 

“Dengan memasang bidal air, air akan keluar lebih stabil, tidak kuat sangat dan ini membantu menjimatkan air.

 

“Hari ini bidal air ini diedarkan secara percuma kepada orang ramai yang hadir dalam program ini tetapi selepas ini persatuan penduduk dan Ketua Kampung kena memohon

secara terus di Pengurusan Air Selangor untuk diedarkan kepada penduduk kawasan masing-masing,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Program Titisan Bernilai Peringkat Dewan Undangan Negeri Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di sini, hari ini.

 

Loy Sian yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang berkata, permohonan boleh diajukan kepada Unit Penjimatan Air, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau di Wilayah

Pengurusan Air Selangor berdekatan.

 

Bidal air dijangka diagih ke semua pejabat ADN seluruh Selangor menjelang tahun hadapan.

 

Alat penjimatan air itu dicipta hasil inovasi Pengurusan Air Selangor sendiri memandangkan terdapat keperluan untuk mengurangkan penggunaan air dalam kalangan pengguna.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2019-11-19 11:03:42 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini22
Minggu IniMinggu Ini4145
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242386
qrcode
Visitor count : 2242387 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24