tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

LAKSANA TRANSFORMASI, SELANGOR KEKAL PERINTIS PENJAWAT AWAM

image


 

SHAH ALAM, 13 JAN: Penjawat awam perlu melaksanakan transformasi bagi memastikan Selangor kekal sebagai perintis dalam perkhidmatan awam seiring dengan Revolusi

Industri 4.0 (IR 4.0), kata setiausaha kerajaan negeri.

 

Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, dimensi baharu ini menyaksikan semua pihak terutama ketua jabatan harus lebih berani dan terbuka menerima gelombang

pembaharuan akan datang.

 

“Saya melihat kita perlu melaksanakan transformasi perkhidmatan awam seiring IR 4.0 dengan Selangor sebagai perintisnya. Seharusnya penggunaan teknologi maklumat

yang menyeluruh perlu kita laksanakan.

 

“Saya percaya Selangor mampu menjadi ‘The Brain Of Malaysia’ sekiranya kita mampu menterjemah hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikannya sebagai sebuah kerajaan

digital menjelang 2025 nanti,” katanya.

 

Mohd Amin berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

 

Katanya, sudah tiba masanya budaya kiasu dalam kalangan jabatan diketepikan supaya semua pihak berganding bahu menyelesaikan masalah membelenggu rakyat.

 

Malah, penjawat awam juga perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping mengekalkan nilai integriti supaya menjadi warga kerja serba boleh dalam

melaksanakan tugas.

 

Sumber :Selangorkini


Kemaskini pada 2020-01-14 11:08:14 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini816
Minggu IniMinggu Ini3902
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247448
qrcode
Visitor count : 2247449 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24