tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Penduduk Taman Langat Utama, Taman Langat Murni tak dibenar rentas negeri

image


 

SHAH ALAM, 9 JUN: Penduduk Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni yang menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran dilarang untuk merentas

negeri, kata Pegawai Daerah Kuala Langat.

 

Mohd Jusni Hashim berkata penduduk hanya boleh berbuat demikian selepas PKP kawasan tersebut yang bermula 2 Jun tamat pada 16 Jun ini.

 

“Penduduk bebas untuk keluar masuk kawasan ini tetapi kami ingin mengingatkan mereka dilarang merentas negeri dan diharap semua pihak patuh arahan pihak berkuasa.

 

“Dalam pada itu pihak kami sentiasa memantau keadaan penduduk dan jika ada yang mengalami ketidakstabilan emosi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan

perkhidmatan kaunseling,” katanya.

 

Jusni berkata setakat ini JKM telah mengedarkan sebanyak 1,842 bakul makanan bekalan asas kepada penduduk yang memerlukan.

 

Pada 7 Jun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri memperuntukan RM100,000 untuk membekalkan bantuan makanan kepada penduduk di Taman

Langat Utama dan Taman Langat Murni.

 

PKP secara pentadbiran dikuat kuasakan apabila 24 pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di taman berkenaan positif Covid-19.

 

Susulan itu, seramai 4,627 penduduk di taman berkenaan disaring dan ia membabitkan 3,686 rakyat tempatan manakala 941 adalah warga asing.

 

sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2020-06-10 11:59:05 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini440
Minggu IniMinggu Ini5975
Bulan LepasBulan Lepas23016
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2315355
qrcode
Visitor count : 2315356 Tarikh Kemaskini : 27 - 07 - 24