tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tiga stesen MRT ditutup sementara untuk diselenggara

image


 

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara akan ditutup pada enam hujung minggu

(Sabtu dan Ahad) mulai bulan ini, Ogos dan September bagi penyelenggaraan landasan.

 

MRT Corp dan Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan bersama hari ini memaklumkan penutupan itu bagi melakukan kerja migrasi berkaitan pemindahan sebahagian

daripada MRT Laluan Kajang (sebelum ini dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang) menjadi sebahagian Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai MRT Laluan

Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya).

 

“Penutupan stesen tersebut akan dilaksanakan pada 11,12, 25 dan 26 Julai; 8, 9, 22 dan 23 Ogos serta 5, 6,19 dan 20 Sept ini,” menurut kenyataan itu.

 

Dengan penutupan sementara tiga stesen tersebut, tren MRT dari Kajang akan berakhir di Stesen Kwasa Sentral dan perkhidmatan gantian bas perantara percuma akan

beroperasi di antara Stesen Kwasa Sentral, Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kampung Selamat.

 

“Bas perantara ini tidak akan berhenti di Stesen Kwasa Damansara kerana tiada aktiviti komersial dan kawasan perumahan. Tempat letak kereta di stesen ini juga akan ditutup,

justeru pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan itu di Stesen Kwasa Sentral atau di Stesen Sungai Buloh,” menurut kenyataan itu.

 

Bagaimanapun, perkhidmatan bas perantara sedia ada dari Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kampung Selamat akan beroperasi seperti biasa.

 

Pengguna tren yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penutupan stesen tersebut boleh menghubungi Rapid KL di talian 03-78852585 atau talian Hotline Projek MRT

di 1800-82-6868.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-07-13 15:59:54 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini551
Minggu IniMinggu Ini5616
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243616
qrcode
Visitor count : 2243617 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24