tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Selangor perkenal SELangkah, khusus untuk OKU

image



SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor memperkenalkan kad SELangkad (Kad Selamat Melangkah) iaitu sistem pendaftaran masuk bagi orang kelainan upaya

(OKU) ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan.

 

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penjaga premis hanya perlu meminta kad untuk

mengimbas kod QR sekali gus memudahkan urusan pengunjung dalam kalangan OKU.

 

“Alhamdulillah atas komitmen kami, STFC perkenal SELangkad untuk mencapai UHC (perlindungan kesihatan menyeluruh) dengan memastikan tiada sesiapa

ditinggalkan,” katanya menerusi Twitter hari ini.

 

Dalam perkembangan sama laman Facebook SELangkah berkata kad tersebut diberikan secara percuma kepada golongan OKU di Selangor.

 

“Hari ini SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) maju setapak lagi menerusi pengenalan kad SELangkad yang merupakan kad fizikal dengan kod QR

tersendiri untuk kegunaan warga OKU.

 

“Mereka tidak perlu lagi melakukan proses mengimbas kod QR yang sukar dilakukan terutama melibatkan OKU penglihatan,” katanya.

 

Pada 4 Mei lalu Selangor memperkenalkan aplikasi SELangkah bagi memudahkan proses menjejak kontak jika berlaku jangkitan wabak Covid-19.

 

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas

pengunjung.

 

SELangkah hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.

 

Hubungi skuad SELangkad di talian 014-3025655 untuk maklumat lanjut.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-09-11 16:15:06 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini783
Minggu IniMinggu Ini4906
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243023
qrcode
Visitor count : 2243024 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24