tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Air pasang besar: Penduduk dinasihat berjaga-jaga hingga November

image


 

SHAH ALAM, 4 SEPT: Penduduk dinasihat berjaga-jaga sepanjang tempoh fenomena air pasang besar yang diramal melanda lima pantai negeri ini bermula Oktober.

 

Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin berkata penduduk perlu menghindari kawasan pesisiran pantai sehingga penghujung November.

 

“Saya ingin minta kerjasama ketua kampung agar memastikan maklumat ini sampai kepada penduduk, pada masa sama, penduduk juga haruslah sentiasa peka dan patuh

pada arahan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi.

 

Sementara itu, ADN Tanjung Sepat Borhan Aman Shah berkata bagi mengelak situasi buruk berlaku, pihak bertanggungjawab perlu memastikan parit tersumbat dibaiki dan

benteng sungai di kawasan berisiko dalam keadaan baik.

 

Beliau menambah kebiasaannya jumlah hujan melebihi kadar normal ketika kejadian menyebabkan air parit atau sungai melimpah sehingga berisiko merosakkan benteng.

 

“Jika ada kejadian ban (benteng) pecah, kejadian banjir akan berlaku lebih buruk. Oleh itu pihak bertanggungjawab perlu memastikan ia dalam keadaan baik.

 

“Ibu bapa jangan leka dengan membiarkan anak-anak bermain di sungai ataupun laut, pantau mereka kerana keadaan cuaca tidak menentu ini berlaku bila-bila masa sahaja,”

katanya.

 

Manakala, ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menggesa penduduk Kuala Selangor terutama di kawasan rendah untuk bersiap sedia.

 

“Kita jangkakan kemungkinan akan berlaku banjir jika fenomena ini berlaku di luar jangkaan,antara kampung berisiko banjir termasuk Kampung Asahan,Kampung Tanjung Siam

dan Kampung Bukit Kuching.”

 

Semalam, Justeru Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata fenomena air pasang besar diramal berlaku pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan

16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

 

Unit itu mengarahkan persediaan bencana tahap tinggi dilaksanakan di Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi menghadapi keadaan tersebut.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-09-11 10:44:11 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini908
Minggu IniMinggu Ini3046
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246712
qrcode
Visitor count : 2246713 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24