tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Muzium Galeri Bola Sepak Selangor simpan koleksi Sultan Sharafuddin

image


 

SHAH ALAM, 17 SEPT: Muzium Galeri Bola Sepak Selangor menyimpan pelbagai koleksi berkaitan bola sepak yang dikumpul DYMM Sultan Selangor,

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak menjadi Raja Muda Selangor.

 

Terletak di pekarangan Istana Alam Shah, Klang, muzium hasil cetusan idea Baginda mula menempatkan koleksi kelengkapan jersi, piala dan cenderahati

serta bola-bola yang pernah digunakan dalam perlawanan penting dalam sejarah sejak 2012.

 

“Antara koleksi yang paling berharga bagi Sultan Sharafuddin di simpan di sini ialah jersi yang dipakai oleh lagenda Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari ketika

pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1986,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

 

image


DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

 


Turut dipamerkan adalah keratan akhbar berkaitan kejayaan pasukan bola sepak Selangor yang disimpan sendiri oleh Sultan Sharafuddin.

 

Terbaharu, Baginda berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus dan menempatkannya di muzium berkenaan.

 

Muzium Galeri Bola Sepak Selangor ini hanya boleh dilawati secara berkumpulan dengan permohonan perlu dibuat kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja

di Pejabat DYMM Sultan Selangor.

 

Ketika ini, muzium ini masih ditutup kepada pelawat sehingga akhir tahun depan disebabkan pandemik Covid-19.

 

 

Kemaskini pada 2020-09-21 11:24:53 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini850
Minggu IniMinggu Ini4973
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243085
qrcode
Visitor count : 2243086 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24