tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Yawas lulus 316 permohonan Skim Kesihatan Wanita

image



SHAH ALAM, 17 SEPT: Sebanyak 316 daripada 937 permohonan Skim Kesihatan Wanita diluluskan sehingga kini sejak ia dibuka pada 13 Julai lalu.

 

Pengurus besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata skim yang menawarkan pemeriksaan mamogram secara percuma masih dibuka sehingga hujung tahun ini.

 

“Justeru, saya amat menggalakkan golongan wanita untuk memanfaatkan skim ini memandangkan kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita.

 

“Menerusi skim ini, kos pemeriksaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri kepada wanita yang memenuhi syarat. Oleh itu segeralah memohon sekiranya anda layak,”

kata Gan Pei Nei kepada SelangorKini.

 

Beliau menjelaskan terdapat tambahan perkhidmatan di mana seseorang yang mendapati ada ketulan semasa ujian ultrabunyi, individu itu layak menjalani biopsi dengan nasihat

doktor panel hospital.

 

Katanya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web skw.yawas.my atau pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri. Untuk maklumat lanjut boleh

hubungi yayasan di talian 03-5481 8800.

 

Skim Kesihatan Wanita Selangor diwujudkan pada Belanjawan Selangor 2020. Antara dilaksanakan menerusi program ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang mengkhususkan

pemeriksaan mamogram percuma kepada golongan terbabit berusia 35 tahun ke atas.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-09-21 11:58:02 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini668
Minggu IniMinggu Ini4238
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231276
qrcode
Visitor count : 2231277 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24