tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

EXCO gesa semua pihak waspada amaran ribut, air pasang besar

image



SHAH ALAM, 20 SEPT: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), biro dan penghulu mukim di lima daerah negeri ini digesa berjaga-jaga susulan kejadian ribut dan

air pasang besar.

 

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail turut meminta pihak berkenaan memberi bantuan awal kepada penduduk di kawasan berisiko.

 

“Berdasarkan informasi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan terutama di pesisiran pantai akan terdedah kepada ribut dan air pasang besar.

 

“Oleh itu, saya ingin memohon kepada semua MPKK, biro serta penghulu mukim di kawasan terlibat untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta memberi bantuan awal kepada

penduduk di sekitar kawasan semampu mungkin,” tulisnya di Facebook.

 

Beliau berkata amaran tersebut tidak boleh diambil ringan dan jentera Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia menangani masalah bencana yang dialami penduduk.

 

Pusat Hidografi Nasional menjangka paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

 

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

 

Berikutan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan tidak melakukan aktiviti di pesisiran pantai sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-09-21 13:48:04 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini626
Minggu IniMinggu Ini4749
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242886
qrcode
Visitor count : 2242887 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24