tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Covid-19: Sabak Bernam, Sepang status hijau, pastikan patuhi SOP

image


 

SHAH ALAM, 6 OKT: Sabak Bernam dan Sepang menjadi dua daerah di negeri ini yang masih berstatus zon hijau, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

 

Data tersebut menunjukkan walaupun Sepang mencatatkan 15 kes aktif setakat ini namun angka tersebut melibatkan kes import dan tiada penularan tempatan.

 

Selain itu, Petaling menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 semalam dengan 17 kes, Klang dan Hulu Langat (masing-masing 5 kes), Hulu Selangor (tiga), Sepang

(dua) serta Gombak dan Hulu Selangor (masing-masing satu).

 

Sementara itu Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata situasi terkini penularan wabak memerlukan sikap tanggungjawab seluruh masyarakat.

 

“Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) adalah kritikal dan menjadi kunci penting untuk menyekat jangkitan Covid-19 tersebar meluas.

 

“Tolong amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta pembersihan tangan secara kerap,” katanya menerusi Facebook.

 

Selangor merekodkan sebanyak 34 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,412.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-10-06 15:55:13 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini123
Minggu IniMinggu Ini4112
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247598
qrcode
Visitor count : 2247599 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24