tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Polis - Boleh keluar selepas 12 tengah malam, hanya kes kecemasan

image


 

PETALING JAYA, 15 OKT: Polis tiada halangan membenarkan orang awam keluar selepas jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

dilaksanakan sehingga 27 Oktober ini.

 

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kebenaran itu hanya dibolehkan bagi individu yang mempunyai keperluan khusus dan kes

kecemasan, demi mengelak penularan wabak Covid-19.

 

“Jika mahu keluar, amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka serta patuhi tatacara operasi piawai serta pastikan selesai urusan, terus balik,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Asrama Tropicana yang merupakan kawasan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin lalu sehingga 25 Oktober ini.

 

Nik Ezanee berkata mengikut pemerhatian, kadar pematuhan PKPB membabitkan penduduk di Petaling Jaya berada pada tahap 99 peratus.

 

PKPD selama 14 hari di Tropicana dibuat atas saranan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja Tropicana Corporation Berhad.

 

Nik Ezanee berkata seramai 507 pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 240 adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing.

 

Setakat ini, 26 penghuni di asrama tersebut didapati positif Covid-19, katanya.


Kemaskini pada 2020-10-16 09:17:04 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini40
Minggu IniMinggu Ini2178
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245955
qrcode
Visitor count : 2245956 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24