tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

18 kes positif baharu dikesan dalam Kluster Bah Tropicana

image


 

SHAH ALAM, 14 OKT: Sebanyak 18 kes disahkan Covid-19 hari ini menjadikan kumulatif kes Kluster Bah Tropicana bertambah kepada 25.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling berkata kes positif itu membabitkan 16 individu yang menetap di dalam Asrama Tropicana dan selebihnya di luar.

 

“Saringan kontak dan penghuni dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan pengurusan Tropicana Golf and Country Resort (TGCR). Seramai 350 penghuni asrama

menjalani saringan Covid-19.

 

“Kes positif akan dirawat, manakala kontak rapat perlu dikuarantin selama 14 hari dan menjalani saringan susulan,” kata Johary Anuar dalam kenyataan.

 

Beliau menjelaskan jawatankuasa mempertimbangkan pembukaan semula TGCR setelah mendapat pandangan dan syor daripada PKD Petaling.

 

Johary yang juga Pegawai Daerah Petaling berkata cadangan penarikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Asrama Tropicana dipertimbangkan setelah semua penghuni disaring

dan keputusan diperoleh.

 

Kluster Bah Tropicana dikenal pasti bermula pada 5 Oktober lalu apabila tujuh kes yang pulang dari Semporna, Sabah disahkan positif Covid-19 dan kesemuanya menetap di Asrama

Tropicana.

 

Daripada tujuh kes dilaporkan ini, dua kes merupakan pekerja di TGCR, satu kes di luar dan selebihnya tidak bekerja yang menyebabkan PKPD perlu dilaksanakan di Asrama Tropicana.

 

Pecahan kes mengikut pekerjaan adalah seperti berikut:

1. Pekerja TGCR : Lapan kes
2. Pekerja Asrama Tropicana : Tujuh kes
3. Selain Tropicana Group : Lima kes
4. Tidak bekerja : Lima kes

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2020-10-16 10:49:04 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini65
Minggu IniMinggu Ini5130
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243215
qrcode
Visitor count : 2243216 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24