tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Jelajah Selangor Bekerja bantu penganggur cari peluang sesuai

image


 

GOMBAK, 21 NOV: Individu yang ingin mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan boleh memanfaatkan program Jelajah Selangor Bekerja 2020 anjuran Kerajaan Negeri.

 

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Gombak Setia berkata program itu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan khusus membantu golongan terjejas susulan penularan Covid-19.

 

“Bagi saya program ini menarik kerana ramai yang hilang kerja disebabkan wabak tersebut. Pejabat saya juga didatangi banyak individu untuk memohon bantuan,” kata Abdul Rahim Kasdi

selepas meninjau suasana program di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak di sini.

 


Abdul Rahim Kasdi ditemui media selepas meninjau suasana program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak pada 21 November 2020.

Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI


Katanya, tatacara operasi piawai (SOP) ketat membataskan peluang ramai individu untuk menyertai jelajah tersebut yang berlangsung sehingga Disember.

 

Bagaimanapun, Abdul Rahim menegaskan arahan itu perlu dipatuhi bagi mengelakkan kesesakan susulan kebimbangan penularan Covid-19 di negeri ini.

 

Jelajah anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan kali pertama berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor minggu lalu dan diteruskan esok

di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor, Saujana Utama.

 

Lebih 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan mengikut kelayakan bermula dari Penilaian Menengah Rendah hingga ijazah doktor falsafah.

 

Pemohon perlu membuat pendaftaran awal menerusi:

http://nfdot.com/ereg/views/jobfair
Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor
Instagram Jobs Malaysia Selangor
03-5524 7740 dan 03-5523 1309


Kemaskini pada 2020-11-23 10:54:22 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini77
Minggu IniMinggu Ini4913
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248269
qrcode
Visitor count : 2248270 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24