tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Peluang kerja di Taman Gombak, Saujana Utama hujung minggu ini

image



SHAH ALAM, 20 NOV: Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 diteruskan lagi hujung minggu ini di Taman Gombak dan Saujana Utama.

 

Program di Gombak berlangsung esok di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Taman Gombak manakala Ahad di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Saujana Utama.

 

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman dijangka hadir di kedua-dua lokasi berkenaan.

 

“Program ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar yang hilang pekerjaan akibat penularan Covid-19,”

kata pejabat EXCO.

 

Kelmarin, Khairuddin memaklumkan sebanyak 6,567 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi dua program itu selepas 37 majikan menyertainya. Gombak menyediakan 3,260

peluang pekerjaan manakala 3,307 ditawarkan di Saujana Utama.

 

Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 menerima 9,969 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 15 September.

 

Ahad lalu, seramai 20 daripada 100 peserta yang menghadiri temuduga program di Stadium Tertutup Kuala Selangor terus diterima bekerja. Ia akan diteruskan di Hulu Langat pada

29 November dan Shah Alam (5 dan 6 Disember).

 

Pemohon perlu membuat pendaftaran awal menerusi:

http://nfdot.com/ereg/views/jobfair
Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor
Instagram Jobs Malaysia Selangor
03-5524 7740 dan 03-5523 1309

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2020-11-23 10:58:13 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini28
Minggu IniMinggu Ini4864
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248244
qrcode
Visitor count : 2248245 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24