tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

EXCO: Wujud fakulti di Unisel usaha majukan e-sukan

image


 

                        BESTARI JAYA, 19 SEPT: Kerajaan Negeri meneruskan usaha memajukan e-sukan melalui rancangan penubuhan fakulti sukan di Universiti Selangor (Unisel).

                        EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata fakulti tersebut akan menawarkan kursus pembangunan e-sukan kepada penggemar sukan dalam talian.

                        “Unisel akan menjadi tempat yang mana pemain (e-sukan) belajar dan mendapat sijil pengiktirafan sebelum ke peringkat Sukan Malaysia (Sukma) atau antarabangsa.

                      

                        “Kita berharap kerjasama (mewujudkan fakulti sukan) dengan Unisel dapat ditandatangani dalam masa terdekat kerana mahu e-sukan lebih maju seterusnya menjadi

                         negeri pertama mewujudkan modul ini,” katanya.

                         Mohd Khairuddin berkata demikian selepas merasmikan pertandingan memancing tangkap dan lepas ikan toman sempena pembukaan tasik The Tomanz di kampus Bestari

                         Jaya di sini semalam.

 

                         Beliau berkata ketika ini sebanyak 30 peratus daripada empat fasa inisiatif pembangunan e-sukan di Selangor berjaya dilaksanakan.

                         Menurutnya, fasa tersebut ialah membuka peluang dan latihan kepada belia bermain sukan dalam talian.

                         

                         “Sekarang adalah fasa untuk pemain e-sukan dengan pendidikan dan akan dihantar ke sini (Unisel). Apa yang penting, bidang ini bukan lagi dilihat sebagai

                          perkara sampingan,” katanya.

 

                           Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2021-09-24 15:55:18 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini68
Minggu IniMinggu Ini2706
Bulan LepasBulan Lepas22591
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2251260
qrcode
Visitor count : 2251261 Tarikh Kemaskini : 02 - 05 - 24